Kerjaya Farizal Marlias

Kelab

Farizal memulakan kerjaya profesionalnya dengan Shahzan Muda FC. Beliau menghabiskan dua musim bermain di dalam Liga Perdana Malaysia. Beliau dipindahkan ke Perlis dan memakai jersi nombor satu untuk dua musim.

Pada tahun 2011, beliau menyertai Negeri Sembilan FA. Pada mulanya dia menjadi penjaga gol pilihan kedua untuk Mohd Farizal Harun, tetapi Farizal beransur-ansur menjadi nombor satu penjaga gol selepas pulih daripada kecederaan dan seterusnya membantu pasukannya memenangi Piala Malaysia 2011.

Beliau menyertai Perak FA pada akhir tahun 2012. Dan pada tahun 2013 beliau menyertai Selangor.

Sekarang Beliau menyertai Johor Darul Takzim FC untuk musim 2015 ini.